yuhuuuu..
kali ini mimi nk kongsi tips yg amat disukai digemari dikehendaki..di di di... hah haaaa..
mimi sendiri dah try semua tips2 ni dan alhamdulillah berat makin menyusut dan badan pon lebih sihat. baju pon kebanyakkan boleh dipakai. sebelum ,mimi post entry ni, mimi dah buat research selama bertahun tau dan inshaallah xde yg bahaya pada korg.
sebelum tu, korg kena tahu tahap berat badan korang ni. ni pendapat mimi lah. maklumlah mimi ni tak bertauliah lg dalam berat badan n mimi bukan pakar ye. hanya perkongsian saja.
klu korg bawah dr 68 kg, berat badan korang memang akan cepat turun. kadang seminggu boleh lost 5-7 kg. dulu mimi 65 kg..mimi puasa seminggu je n x mkn nasi seminggu da berat turun sampai 58 kg. another seminggu mimi gigit kad top up tp makan nasi (jgn tiru aksi ini) mimi lost 3kg jd 55 kg. ideal lah sbb mimi berat tulang.55 kg pn badan nampak mcm org 49 kg. start je badan korag 68-85 kg, berat badan korang susah nk turun sikit.degil sikit.korg kena kawal pemakanan + exercise + detoks. sebab lemak semakin menebal. seminggu mungkin boleh turun 2-4 kg ja. tapi...start berat korang dari 85-130 kg dan ke atas, berat badan teramat susah nak turun dan memerlukan kesabaran yg aaaaamat tinggi. boleh jadi walaupun dh diet, x mkan nasi seminggu , banyak minum air, berlari hari2 berat badan langsung tak turun. jangan risau.. teruskan usaha anda sehingga berat badan anda turun.
mengikut hipotesis mimi,
semakin berat badan anda,
semakin sukar anda untuk bergerak,
semakin letih anda melakukan aktiviti seharian,
semakin banyak anda akan makan,
semakin lambat berat badan anda turun!
diet pula x semua org boleh mengikuti diet yg sama. ada ygboleh follow diet atkins, ada yg boleh follow low carbs diet, ada jenis diet kena mengikut berat badan, ikut jenis darah, ikut tahap kesihatan. siapa yg ada gasterik lain pula cara dietnya, siapa yg ada diabetis lain pula. tiap2 badan kita berlainan.
jadiii,jgn cepat berputus asa..cuba tau mana2 tips yg sesuai dengan badan anda.
31 TIPS UNTUK KURUS
1. Jangan cepat percaya pada ubat yg membolehkan korang kurus dalam sekelip mata.
secara logiknya lah kan, boleh ke korang makan berkilo dan berpinggan nasi..dengan 1 pil je dapat menguruskan korang..no no no.. ini semua hanya propa belaka. ingat pepatah ini, no pain, no gain. silap haribulan kurusnya x, dapat sakit buah pinggang (pernah terjadi kat kawan). kebanyakan ubat2 kurus yg korang belipon akan suruh korang berpantang makan. so jgn mmbazir duit. baik beli buah2 je.
2. Sebelum makan, ingat ingat dan ingat.minum 2 gelas air KOSONG dahulu. fungsinya adalah untuk cepat mengenyangkan dan memenuhkan space perut korang. dah habis makan.. minum lagi 2 gelas air. korang akan kenyang dalam jangka masa yg lama.
3. Minum air 8 gelas sehari, atau 3 liter sehari.
air sgt penting dalam proses utk memecahkan lemak. dalam biology pn ada cakap tau. so ini adalah cara nk kira berapa banyak kita perlu consume mengikut berat badan. berat badan bahagi 25. contoh 75 kg bahagi 25 = 3 liter air kena minum.
4. Selama 2 minggu...tolong, tolong dan tolong jgn makan nasi atau roti atau segala benda biskut.
klu boleh lebih berbulan2 x makan nasi n benda ni lagi dan sangat disarankan. nasi sgt cepat menaikkan berat badan. minggu pertama mmg derita weh x makan nasi. tapi minggu ke 2 korang akan lali dah x makan nasi. minggu kemudiannya korang akan fobia klu mkn nasi sbb berat korang akan naik. minggu pertama x makan nasi mimi dapat turun 3 kg. minggu ke 2 pulak mimi dah turun 4 kg..so total 7k g in 2 weeks.. ajaib kan. ini dipanggil induction. klu x turun langsung berat , ulang semula selama 2 minggu x mkn nasi. x mati pon x makan nasi. sebagai cth, tgk la gajah tu.kekekeke..
5. Banyakkan makan benda yang di rebus dan di panggang.
sebolehnya elakkan makanan berminyak. mimi banyak buat sup sayur.sebab lagi banyak kita consume sup(tanpa garam yg banyak) lg banyak lemak kita terbakar. ayam rebus..ikan rebus..tapi selama 2 minggu yg pertama mimi meratah ikan n makan sayur je.ayam x sentuh langsung!! tapi mimi faham, ada yg elergik dgn sayur2 hijau nih..jd meratah lah ikan n ayam YANG DIREBUS SAHAJA!!
6. Buat jus sendiri.
ok..ni mmg memualkan.tp nak kurus punya pasal kan.. mimi punya cara, blender buah oren sunquick+limau nipis. hah,ni x meletup jamban pon mimi minum. jus paling cepat turun badan ialah batang saderi+limau nipis+oren sunquick. batang saderi mmg cepat menurunkan berat badan. x percaya? sila tanya mr google. minum dengan hampasnya lg bagus sbb mengenyangkan dan jd fiber.tp mimi nk termuntah klu minum dgn hampas. mimi tapis dan minum jus dia je. jgn beli jus di pasaraya sebab kandungan gula yg amat tinggi.
7. Buat detoks sendiri.
detoks ni korg google ja.. banyak resepi yg ada. mimi selalu detoks dengan lemondan teh hijau dengan daun pudina. fungsi daun pudina menegeluarkan peluh yg banyak dr badan korg. perap dalam peti ais semalaman .klu lebih hari takut air detoks jd pahit.yekss..
8. Banyakkan minum teh hijau
sehari 2 cawan. buat detiks pon ok.
why why? minum je lha..korang akan rasa perubahannya..mimi beli teh hijau kat cosway. rm 9.80 jer. organic pulak tu.
hampas teh hijau tu mimi tekap kt muka bg muka rasa segar n mencegah jerawat. jimat weh.. 2 in 1.
9. Dilarang makan sekudap sekudip. no twisties, super ring, junk food, french fries, pop corn, kfc n bla bla bla.. dlm tempoh 2 minggu tu, minmi langsung x pergi pasar malam n x keluar rumah. t terikut nafsu beli macam2 makanan yg berLEMAK.
10. Banyakkan bergerak.
mcm mimi ni student kan.p ke kelas jalan kaki jer..heh heh.. klu kt tempat kerja banyakkan naik turun tangga. hah..yg ni bagus untuk menguatkan kaki n membentuk pinggul korang.wowww.. ptg2 tu p lah jalan2.jgn terperap n tido dalam bilik je k.mimi tau,bila badan gemuk, nk lari pon malu. takut org perli kita. jd jalan2 jer.x yah lari..xyah pakai baju sukan..pakai baju mcm kononya kita nk pergi ke kelas. haaaa..ini suatu penyamaran. ajak kawan main badminton pon ok. klu lelaki.sila lah main bola. ni cara korg nk cepat kurus.
11. Exercise
siapa yg 80 kg ke bawah (bagi wanita) wajib jog sebab badan korang mampu utk berlari2 lg.
siapa yg lebih dr 80 kg jalan kaki je..keliling taman..jgn paksa diri utk berlari, nanti korang akn cepat bosan n penat serta semput. biar lambat asalkan korang berpeluh setiap petang. sudah sampai ke tahap 65 kg ke bawah, boleh la pergi gym atau lakukan senaman kardio. petua bagi lelaki sila tambah 10 kg pada limit perempuan di atas.
12. Katakan tidak kepada gula dan garam.
kedua2 ini adalah musuh dalam diet korang.
13. Elakkan makan di luar.
hal ini sebab korang tidak tahu berapa kandungan garam, lemak, gula, minyak dan tahap kebersihan makana tersebut untuk diet anda. klu terpaksa makan kat luar pon sila bahagikan segalanya yg anda pesan kpd separuh, atau sila pilih maknan yg bersup sahaja. akhir sekali order air limau nipis tanpa gula utk potong segala lemak yg korang baru makan td.
14. Kalau korang terasa ingin mengunyah, gigit lobak/timun/buah-buahan. ]
Jika korang bukan penggemar sayur dan buah-buahan, sila kunyah chewing gum yg less sugar.
15. Jangan makan sambil menonton tv.
hal ini akan menyebabkan korang makan dalam kuantiti yg banyak.
16. Belajar makan dengan chopstik.
hah..ini memang berkesan..mimi makan dengan chopstik akan lebih cepat kenyang.nk tau sebab ape? sebab dalam kita nk ambil isi ikan atau ape benda makanan guna chopstik,kita dok mengunyah sambil nak ambil makanan dalam magkuk tu.kdg makanan tu asyik terjatuh ja. kita x sedar dah kunyah makanan dengan banyak. ni boleh mempercepatkan kita kenyang tau.
17. Makan dalam kuantiti yang sedikit.
ada 2 cara. salah satu makan cara mickey mouse. muka mickey tu sayur dan buah, telinga belah kiri protein macam ikan/ayam.telinga belah kanan mickey karbohidrat iaitu nasi. 3 kali sehari.yang ni lambat sikit nak turun berat yea.
satu lagi makan dalam cawan. yea.cawan minum teh tu. isikan lauk+sayur (3 per 4) dan nasi(1 per 4) kedalam cawan tu. sehari 3x. mmg kenyang. dilarang tambah 2 cawan yer. cara ni cepat berat turun.
nk lg cepat..jgn ambil nasi lgsung..meratah lauk dan sayur ja.ingat..nasi cepat menaikkan berat badan.
18. Petua minuman yang mempercepatkan penurunan berat badan.
kenal x vinegar apple cider? ataupun cuka epal? ok..mimi beli cuka epal untuk cepatkan penurunan berat badan. mimi beli jenama brag ada kt tesco/giant jual.x mahal pn.dl rm 18/20 mcm tu ja utk botol besar. cara minum ambil 1 sudu besar cuka epal,jgn lebih ye sbb cuka epal ni tajam. kemudian campurkan ke dalam segelas air sejuk atau suam. kemudian telan 1 pil ekstrak bawang putih,mimi beli dekat cosway. nama di Allimax.ambil sebiji jer. buat ni 2x sehari. cara ni amat sesuai siapa yg 80 kg- 120 kg. tidak digalakkan siapa yg mempunyai gastrik dan yg mengandung.
19. Jangan selalu timbang berat badan.
dilarang timbang berat badan korang hari2. ini adalah amaran yg keras.kolrang akan frust klu timbang tapi berat x turun2 pon.korang diet je x makan nasi.. kemudian dalam seminggu korg diet baru lah timbang ada penurunan atau tidak ok. disarankan pakai penimbang elektronik sebab lagi tepat.
20. Buat diari pemakanan.
tulis berapa banyak korg makan dalam sehari, berapa kalori korg makan..tulis ja semua tu. korg nk kutuk diri korg dalam diari tu pn xpe. kutuk je..bkn sapa nk baca pon kan. buat la nota seminggu berapa korang target turun berapa kilo. ape korang nk buat klu berjaya turun berat badan.macam mimi, mimi akn belanja diri pergi facial atau shopping. jyeahh..
21. BERPUASA
ya.. dengan berpuasa mmg berat badan turun dengan cepat. tapi ada juga dengan berpuasa badan lagi bertambah naik.itu di bulan ramadhan ye lah..nama je puasa, tapi bazar ramadhan punya pasal..mcm2 nk beli nak mamam kan. korg buatlah puasa sunat, isnin dan khamis.. inshaallah..turun..niat nak ganti puasa yg kita x sedar tertinggal. time buka puasa tu mula2 minum air jus dulu segelas. kemudian 2 gelas air kosong. kalau korg rasa lapar, meratah lauk (jgn makan nasi). minum air lg..kalau lapar lg makan buah epal hijau. kalau lapar lagi pergi solat maghrib.jgn nk melampau sgt time berbuka yer.
22. DENDA DIRI
haaa..jgn pergi bunuh diri pulak ye..cth denda diri ni..mcm berat korg naik sekilo ke..berat korg x turun mcm korang target ke, lari la 2 km ke, atau simpan rm 50 dalam tabung untuk setiap 1 kg yang korang target tp x turun atau naik berat 1 kg. mcm mimi,denda diri dengan puasa 1 hari klu 1 kg x turun.
23. Sibukkan diri
selalu sibukkan diri dengan benda yang berfaedah dan yg banyak pergerakan. contohnya mengemas rumah, mop lantai, berkebun, beriadah dgn kawan. bagi student pula bole la selalu jalan kaki pergi library. hal ini dapat melupakan kelaparan korg yg selalu nk makan tu.
24. Jangan STRESS
ok..yg ni mmg penting. ada kajian mengatakan stress boleh menyebabkan berat badan korang susah nak turun. jgn sterss2 tau nk menurunkan berat badan dgn cepat. lakukan dengan rileks dan cool. jgn paksa badan.. lakukan yg simple2 yg kena dgn gaya hidup korang untuk tempoh seminggu atau time korang baru nk start diet n bersenam. kemudian korang tambah lg masa untuk bersenam ikut kesesuaian korg ye.
25. Tidur awal.
seharian kita perlu 7-8 jam untuk tidur. tidak boleh lebih atau kurang. jangan tidur lewat mlm kerana hal ini mmg mimi selalu kantoi nk makan tengah mlm.mmg lapar kowt. so tido la pukul 10 atau 11 mlm..bangun awal subuh ,solat then p la jog.xdak org nk tgk korg berlari2 tgah2 gelap.ntah2 depa yg lari tgok korg dok terloncat2.muahahaha
26. Pakai baju ketat.
ok.ni mimi suruh pakai baju ketat2 time tidur je k. jangan nk menggatal tunjuk susuk korg (especially perempuan) ke org lain. my mom selalu cakap time tidur badan kita sdg membesar. supaya xnk memebesar, pakai lah yg fit2. lg best pakai lha kain batik/pelikat. sbb tu org dolu2 walaupun kurus badan diorang curvy sbb pakai kain batik.cuba tgk awek2 zaman sekarang kurus tapi xde shape pon kan.haaa...
27. Cari cara lebih menyeronokkan dan kreatif dalam melakukan senaman.
contoh, mimi suka lambung2 anak sedara mimi yg baby 6 bulan n yg umur 2 tahun tu.secara x lagsung mimi dapat mengecilkan lengan. mimi jugak selalu buat sit up dgn dorg sambil gelak2.perghh..exercise+gelak lg cepat la turun berat badan. ada org percaya, gelak ketawa dapat menurunkan berat badan. stress pon xde x klu korg buat senaman mcm ni dengan enjoy.
28. Selalu buat research sendiri.
kalau korang x berpuas hati dengan tips yg mimi bg ni, korang search lah info pada blog lain atau google.search kt youtube petua2 dr serata dunia.variasikan tips yg sesuai dgn diri korg sbb setiap org badan dia x sama. ada yg gemuk dr genetic, gemuk lepas beranak, gemuk sebab hormon. mimi buat research selama 2 tahun kot utk serasikan dengan badan cara penurunan berat badan.tu research saja. belum nk turunkan badan lg.
29. THE FITNESS MARSHALL
please tg youtube dorg. sgt seronok n mudah step dorg dalam senaman. lagu dorg pilih pon best2.
30. Banyakkan tengok cerita korea atau video lagu korea.
siapa yg x minat korea mesti mengamuk kat mimi kan. ape kaitan korea dengan kurus pulak kan. kalau korg tgk cerita korea, korg akan tgk pelakon wanita n lelaki yg hot2 n badan solid molid..ni akan meningkatkan motivasi korg untuk nk kurus sbb korg sgt envy tgk body diorang. kalau boleh print je badan artis2 yg korang nak tu.. tempek kt dinding kata korg nk jd badan mcm ni. mimi pulak beli baju yg mimi x muat nk pakai, mimi gantung dekat pintu dgn hanger. ni motivasi untuk nk bg kurus. korang tetapkan tempoh, klu x berjaya pakai baju tu dlm tempoh anggaran korg,sila bg baju tu kt org lain.dgn cara ni korg akan bertekad nk turunkan berat badan dengan lebih komited.
31. Sentiasa bawa botol air 1 liter yang mempunyai air kosong kemana korang pergi. jgn bawak botol kosong jer.haha..kerja yg sia2 tu..
well done.. selamat mencuba syg2 semua.. gud luck.sesma lah kita cuba menurunkan berat badan dengan cara sihat.
No comments:
Post a Comment